DANI Rodriguez kecewa selepas kelabnya tersingkir dari La Liga. FOTO Agensi
DANI Rodriguez kecewa selepas kelabnya tersingkir dari La Liga. FOTO Agensi
AFP

HARAPAN Real Mallorca untuk mengelak tersingkir dari La Liga tidak kesampaian apabila mereka tumpas 1-2 di gelanggang sendiri ketika berdepan Granada.

Mallorca, yang kembali ke La Liga musim lalu dari divisyen dua, Segunda, menyertai Espanyol tersingkir sebelum aksi terakhir liga Ahad ini.

Satu lagi pasukan yang bakal tersingkir adalah di antara Leganes atau Celta Vigo.

Leganes satu mata di belakang Celta dan akan beraksi di gelanggang sendiri berdepan Real Madrid, yang sudah sah sebagai juara liga.

Celta pula akan berdepan dengan pasukan tangga terbawah liga, Espanyol.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Julai 2020 @ 12:18 PM