LITAR Spielberg, Austria. FOTO Agensi
LITAR Spielberg, Austria. FOTO Agensi
AFP

MUSIM Formula Satu kembali membuka tirai dengan dua perlumbaan secara tertutup di Austria pada 5 dan 12 Julai disusuli enam lagi grand prix di Eropah, menurut penganjur hari ini.

Formula Satu berharap dapat melangsungkan 15 hingga 18 perlumbaan secara keseluruhan dan dapat dilengkapkan menjelang Disember.

Musim F1 tergendala bermula dengan pembatalan Grand Prix Australia pada Mac beberapa jam sebelum sesi latihan bermula susulan pandemik koronavirus yang mengancam seluruh dunia.

Minggu lalu, kerajaan Austria memberi kebenaran dua perlumbaan dilangsungkan di Litar Spielberg selepas penganjur F1 menyediakan pelan lengkap dan profesional membendung penularan Covid-19.

Grand Prix Hungary ditunda ke19 Julai diikuti dua perlumbaan di Britain disusuli Sepanyol, Itali dan Belgium. Kesemuanya berlangsung tanpa penonton manakala pelumba wajib mematuhi protokol keselamatan yang ketat.

Ujian saringan kesihatan akan dijalankan dengan staf pasukan dan krew turut dikurangkan di venue perlumbaan.

Jadual kalendar F1:

3-5 Julai: Grand Prix Austria (Spielberg)

10-12 Julai: Grand Prix Styrian (Spielberg)

17-19 Julai: Grand Prix Hungary (Budapest)

31 Julai-2 Ogos: Grand Prix British (Silverstone)

7-9 Ogos: Grand Prix Ulangtahun ke-70 (Silverstone)

14-16 Ogos: Grand Prix Sepanyol (Barcelona)

28-30 Ogos: Grand Prix Belgium (Spa-Francorchamps)

4-6 September: Grand Prix Itali (Monza)

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2020 @ 10:32 PM