MARC Marquez. -FOTO EPA
MARC Marquez. -FOTO EPA
AFP

Paris: MotoGP akan membuka tirainya pada Ahad ini di Qatar dengan juara Fabio Quartararo cuba untuk menghalang Francesco Bagnaia daripada Ducati beraksi lebih laju namun turut perlu memandang serius kehadiran Marc Marquez.

Marquez dengan jelas mengatakan bahawa dia mahu mengejar pencapaian pelumba yang sudah meninggalkan litar Valentino Rossi.

Rossi bersara musim lalu selepas berlumba dalam kategori elit sejak 2000, dua tahun sebelum saingan MotoGP diwujudkan.

Pelumba Itali itu memenangi tujuh gelaran dunia kelas utama. Beberapa hari selepas ulang tahun kelahiran ke-29, Marquez sudah mengumpul enam gelaran.

"Matlamat saya adalah untuk merebut kejuaraan," kata Marquez ketika pengenalan pasukan Honda tapi dia menambah bahawa persaingan akan menjadi sukar.

"Fabio adalah juara dan dia layak meraih gelaran itu kerana dia lebih konsisten namun Pecco Bagnaia menamatkan musim dengan menjadi terpantas bersama Ducati."

Marquez kembali musim lalu selepas kemalangan dalam beberapa pusingan pada kempen 2020.

Dalam kebanyakan musim lalu, dia bergelut dan tidak berlumba dalam dua aksi terakhir.

"Hari ini semuanya nampak bagus, pandangan saya bagus, tangan saya juga bertambah baik," katanya pada Februari.

Jadual perlumbaan

6 Mac: Qatar (Losail)

20 Mac: Indonesia (Mandalika)

3 April: Argentina (Termas de Rio Hondo)

10 April: Grand Prix of the Americas (Circuit Of The Americas)

24 April: Portugal (Algarve)

1 Mei: Sepanyol (Jerez)

15 Mei: Perancis (Le Mans)

29 Mei: Itali (Mugello)

5 Jun: Catalonia (Barcelona)

19 Jun: Jerman (Sachsenring)

26 Jun: Belanda (Assen)

10 Julai: Finland (KymiRing)

7 Ogos: Great Britain (Silverstone)

21 Ogos: Austria (Spielberg)

4 September: San Marino (Misano)

18 September: Aragon (Alcaniz)

25 September: Jepun (Motegi)

2 Oktober: Thailand (Chang International Circuit)

16 Oktober: Australia (Phillip Island)

23 Oktober: Malaysia (Sepang)

6 November: Valencia (Ricardo Tormo)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2022 @ 12:14 PM