Aksi MotoGP. FOTO File AFP
Aksi MotoGP. FOTO File AFP
AFP

MUSIM MotoGP 2020 hilang satu lagi pusingan perlumbaan apabila Grand Prix Jepun dibatalkan.

Sebanyak 11 pusingan perlumbaan awal musim ini terpaksa ditunda atau dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.

Penganjur MotoGP, Dorna sedang menunggu kelulusan daripada kerajaan Sepanyol untuk memulakan kembali musim yang terganggu dengan perlumbaan berturut-turut di Litar Jerez pada 19 dan 26 Julai ini.

Selain daripada aksi berganda di Jerez, tiga lagi perlumbaan - di Perancis, Itali dan Catalonia - juga sedang menunggu pengesahan untuk memasuki slot musim yang membuka tirai 2020 di Qatar, Mac lalu.

Jadual dikemaskini:

19 Julai: Grand Prix Sepanyol di Jerez (akan dimaklumkan nanti)

26 Julai: Grand Prix Andalusia di Jerez (akan dimaklumkan nanti)

9 Ogos: Grand Prix Republik Czech di Brno (Republik Czech)

16 Ogos: Grand Prix Austria di Red Bull Ring, Spielberg

13 September: Grand Prix San Marino di Misano

27 September: Grand Prix Aragon di Alcaniz

4 Oktober: Grand Prix Thailand di Buriram

1 November: Grand Prix Malaysia di Sepang

15 November: Grand Prix Amerika Syarikat di Austin, Texas

22 November: Grand Prix Argentina di Termas di Rio Hondo

29 November: Grand Prix Valencia di Litar Ricardo Tormo

Perlumbaan dibatalkan:

Grand Prix Qatar di Losail, Grand Prix Jerman di Sachsenring, Grand Prix Belanda di Assen, Grand Prix Finland di KymiRing, Grand Prix British di Silverstone, Grand Prix Jepun di Motegi dan Grand Prix Australia di Phillip Island.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2020 @ 11:25 PM