HAMPIR 165,000 keping tiket perlumbaan GP Belgium sudah terjual. FOTO Agensi
HAMPIR 165,000 keping tiket perlumbaan GP Belgium sudah terjual. FOTO Agensi
AFP

SAINGAN Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Belgium mungkin akan dilangsungkan tanpa penonton pada 30 Ogos depan, jelas pihak berkuasa tempatan hari ini.

Walaupun mengenakan larangan tidak boleh berhimpun beramai-ramai sehingga 31 Ogos berikutan pandemik Covid-19, Perdana Menteri Belgium, Elio Di Rupo berkata, perlumbaan berkenaan boleh diteruskan.

"Ia boleh dilangsungkan dalam keadaan pengawal khusus seperti menjaga jarak sosial dan mengikut segala peraturan kebersihan," kata dalam satu kenyataan.

Sekarang pihak berkuasa Belgium sudah memberi lampu hijau, penganjur Spa-Francorchamps harus berbincang dengan promoter F1, Liberty Media untuk mencari jalan menanggung kos kerugian jualan tiket.

Menurut agensi berita Belga, hampir 165,000 keping tiket sudah dijual.

Penularan wabak Covid-19 mengganggu kalendar F1 tahun ini, dengan 10 perlumbaan sudah pun dibatalkan atau ditangguhkan.

Penganjur berharap dapat memulakan saingan musim ini dengan perlumbaan GP Austria tanpa penonton pada 5 Julai depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mei 2020 @ 10:55 PM