Hamilton (depan) bersaingan pada sesi kelayakan di litar Spa-Francorchamps menjelang perlumbaan Formula Satu Grand Prix Belgium. FOTO AFP
Hamilton (depan) bersaingan pada sesi kelayakan di litar Spa-Francorchamps menjelang perlumbaan Formula Satu Grand Prix Belgium. FOTO AFP
AFP

JUARA Dunia, Lewis Hamilton memastikan kedudukan di petak utama perlumbaan Formula Satu Grand Prix (GP) Belgium ketika Ferrari gagal menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik pada sesi kelayakan di litar Spa-Francorchamps dekat Spa sebentar tadi.

Rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas mencatat masa di kedudukan kedua terpantas untuk memastikan tempat di bahagian depan buat Mercedes.

Max Verstappen dari Red Bull dan pelumba Renault, Daniel Ricciardo mengisi barisan kedua bagi perlumbaan esok.

Dua pelumba Ferrari, Charles Leclerc yang memenangi kejuaraan tahun lalu dan Sebastian Vettel tersasar dari kelompok petak utama untuk berada di barisan ketujuh perlumbaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2020 @ 10:47 PM