Bentuk badan tegap Ze Roberto tarik perhatian.
Bentuk badan tegap Ze Roberto tarik perhatian.
Agensi

PEMAIN bola sepak hebat dari Brazil, Ze Roberto membuatkan peminat kagum dengan menayangkan bentuk badan yang sasa pada usia 45 tahun.

Ketika sebahagian pemain bola sepak hilang bentuk badan mereka selepas bersara daripada sukan itu, bekas pemain Real Madrid dan tonggak Bayern Munich seolah-olah menunjuk susuk badan ahli bina badan.

Bintang Samba itu memuat naik video di Instagram ketika dia menjalani sesi latihan di sebuah taman tatkala perintah berkurung Covid-19.

Dia menyatakan : “Hanya individu yang perlu bersaing untuk menjadi yang lebih baik adalah individu itu adalah anda yang semalam. Sentiasa kekal fokus! GO!”

Ciapan itu lantas mendapat maklum balas pelbagai daripada lebih satu juta pengikutnya, kebanyakannya memuji fizikal terkini Ze Roberto.

Ze Roberto meraikan jaringan bersama rakan sepasukan skuad Brazil (kanan). Ze Roberto menjalani latihan di sebuah taman.
Ze Roberto meraikan jaringan bersama rakan sepasukan skuad Brazil (kanan). Ze Roberto menjalani latihan di sebuah taman.

Di sebalik kisahnya Ze Roberto hanya menggantung butnya pada 2017 selepas musim kurang memberangsangkan bersama kelab berpangkalan di Sao Paulo, Palmeiras.

Dia memenangi dua kejuaraan Copa America dan menamatkan di tempat kedua pada Piala Dunia 1998.

Pertahanan kiri yang turut beraksi di bahagian sayap, melakukan 85 penampilan bersama Brazil dan menjaringkan enam gol buat negaranya.

Ze Roberto turut menjulang La Liga dan Liga Juara-Juara bersama Real Madrid dan mengesahkan empat kejuaraan Bundesliga ketika enam tahun di Bayern Munich menerusi dua kali penampilan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2020 @ 11:35 PM