SAKA kembali ke Arsenal untuk jalani proses pemulihan.
SAKA kembali ke Arsenal untuk jalani proses pemulihan.
AFP

London: Penyerang Arsenal Bukayo Saka menarik diri daripada skuad England untuk aksi persahabatan menentang Brazil dan Belgium.

Saka antara tonggak skuad England kendalian Gareth Southgate tetapi dia kini terlepas aksi pemanas badan menjelang Euro 2024 akibat kecederaan.

Perlawanan menentang Brazil di Wembley pada Sabtu (awal pagi Ahad) dan Belgium di venue sama Rabu depan adalah aksi terakhir England sebelum Southgate mengumumkan skuad ke Euro pada Mei.

Penarikan diri Saka turut meresahkan Arsenal yang ketika ini berada di puncak Liga Perdana Inggeris dan akan berdepan Bayern Munich dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara.

"Bukayo Saka meninggalkan kem England dan kembali ke kelabnya untuk meneruskan proses pemulihan," menurut Persatuan Bolasepk (FA) dalam kenyataannya awal pagi tadi.

"Penyerang Arsenal itu melaporkan diri di dengan kecederaan dialami dan tidak dapat menyertai sesi latihan.

"Tiada pemain gantian dan skuad 25 pemain meneruskan persiapan menghadapi Brazil dan Belgium."

Sebelum meninggalkan skuad, Saka hanya memanaskan badan menerusi program individu bersama Harry Kane, Cole Palmer dan Jordan Henderson.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mac 2024 @ 8:49 AM