Jordan Henderson. FOTO Agensi
Jordan Henderson. FOTO Agensi
Agensi

KAPTEN kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) mengadakan perbincangan untuk sama-sama mengumpul dana yang akan diserahkan bagi membantu NHS dalam peperangan menentang Covid-19.

Kapten Liverpool, Jordan Henderson menjadi pencetus idea untuk mengadakan perbincangan mengenai usaha itu namun semua rakan senegaranya - termasuk pemain Everton, Seamus Coleman mempunyai cara tersendiri melaksana perkara itu.

Pemain bola sepak di liga utama Inggeris menarik perhatian pada Khamis lalu apabila Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock menyarankan pemain mengambil bahagian dan melakukan pemotongan gaji ketika krisis kewangan berikutan wabak pandemik itu.

Kenyataannya itu, bagaimanapun mendapat maklum balas pelbagai daripada pemain di semua peringkat.

Ramai percaya Hancock bercakap tanpa sebarang pengetahuan mengenai situasi mereka dan mengambil kesempatan untuk mengalihkan tumpuan daripada pihak kerajaan.

Difahamkan perbincangan antara kapten pasukan sudah dilakukan pada pertengahan minggu lalu.

Pihak Persatuan Pemain Bolasepak Profesional England (PFA) juga dinasihatkan dan berunding dengan pemain untuk mengutip derma yang mampu memberikan jutaan ringgit kepada keperluan pusat kesihatan NHS.

EPL dalam satu kenyataan berkata : “Kelab EPL sebulat suara bersetuju untuk berunding dengan pemain berkenaan kombinasi pemotongan dan penangguhan gaji sebanyak 30 peratus,” menurut kenyataan itu.

Namun pihak (PFA) dikatakan akan bertemu badan liga dan kelab untuk membincangkan cadangan berkenaan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2020 @ 12:54 PM