MARQUEZ bersama beberapa pelumba MotoGP akan beraksi dalam perlumbaan permainan video MotoGP19 Ahad ini. FOTO Ihsan Dorna
MARQUEZ bersama beberapa pelumba MotoGP akan beraksi dalam perlumbaan permainan video MotoGP19 Ahad ini. FOTO Ihsan Dorna
Reuters

JUARA enam kali kejuaraan dunia MotoGP, Marc Marquez boleh meraikan kemenangan sulung musim ini apabila pelumba kelahiran Sepanyol itu akan mengambil bahagian dalam perlumbaan virtual.

Pelumba Honda itu tidak berpeluang untuk beraksi di litar sebenar setakat ini, apabila saingan pembukaan di Qatar bulan ini terpaksa dibatalkan dan empat lagi perlumbaan seterusnya ditangguhkan.

Saingan musim ini tidak akan diadakan sehingga paling awal pada pertengahan Mei.

Perlumbaan Ahad ini adalah peluang terbaik untuk sekurang-kurangnya Marquez merasai nikmat kejuaraan walaupun dia akan berbuat demikian di rumahnya berikutan penganjur MotoGP menggalakkan kempen #StayAtHomeGP.

“Semua orang sedang berdepan dengan saat sukar, jadi ia sesuatu yang menarik untuk mencari sedikit keseronokkan dan memberikan aksi buat peminat,” kata pelumba berusia 27 tahun itu.

Pelumba sebenar termasuk Marquez dan adiknya, Maverick Vinales (Yamaha) dan Fabio Quartararo antara yang akan beraksi di saingan permainan video rasmi MotoGP 2019.

Perlumbaan itu akan membabitkan enam pusingan di Litar Mugello, tuan rumah Grand Prix Itali.

Selepas lima minit sesi ujian masa, peminat bakal menyaksikan perlumbaan berkenaan di siaran televisyen dan juga platform media sosial.

“Saya hanya berada di rumah, masih lagi berlatih sedaya yang mungkin,” kata Marquez dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mac 2020 @ 1:00 AM