Dovizioso meraikan kejayaan di Spielberg bersama krew pasukan. FOTO REUTERS
Dovizioso meraikan kejayaan di Spielberg bersama krew pasukan. FOTO REUTERS
Esme Jo

PELUMBA MotoGP Ducati, Andrea Dovizioso memintas Marc Marquez pada pusingan terakhir ketika menghampiri garis penamat untuk memenangi perlumbaan GP Austria di litar Red Bull, Spielberg, hari ini.

Kemenangan itu membolehkan pelumba Itali itu merapatkan jurang mata kejuaraan kategori utama kepada pelumba Honda yang juga juara dunia lima kali itu.

Ia adalah kemenangan pertama Dovizioso sejak podium kemenangan di Qatar pada Mac lalu dan kini ketinggalan 58 mata di belakang Marquez.

Tempat ketiga diraih pelumba Petronas Yamaha SRT, Fabio Quartararo.

Pelumba Afrika Selatan, Brad Binder meraikan sambutan hari lahir ke-24 dengan bergaya mengungguli Moto2.

Perlumbaan Moto3 dimenangi oleh Romano Fenati.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Ogos 2019 @ 8:59 PM