Tengku Kamil Ismail (tengah) bergambar bersama pemain yang menyertai Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 100Plus. FOTO Asrol Awang
Tengku Kamil Ismail (tengah) bergambar bersama pemain yang menyertai Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 100Plus. FOTO Asrol Awang
Asrol Awang


KUALA Lumpur mengungguli Siri Pertama Divisyen Dua Kejohanan Badminton Sirkit Remaja Kebangsaan 100Plus 2020, di Kuantan, hari ini.

Pasukan itu memenangi lima daripada 12 kategori yang dipertandingkan di Dewan Badminton Persatuan Badminton Pahang (PBP), Indera Mahkota.

Lima kategori itu ialah beregu perempuan bawah 16 tahun, beregu lelaki bawah 14 tahun dan beregu perempuan bawah 12 tahun serta perseorangan perempuan bawah 12 tahun dan perseorangan lelaki bawah 16 tahun.

Tiga kategori iaitu perseorangan lelaki bawah 14 tahun, beregu perempuan bawah 14 tahun dan beregu lelaki bawah 14 tahun dimenangi pasukan Perak.

Tuan rumah, Pahang pula memenangi dua kategori iaitu perseorangan lelaki bawah 12 tahun dan beregu lelaki bawah 12 tahun.

Satu kategori dimenangi Negeri Sembilan dan Melaka, masing-masing kategori perseorangan perempuan bawah 16 tahun dan perseorangan perempuan bawah 14 tahun.

Hadiah disampaikan Tengku Besar Pahang, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah yang juga Presiden PBP.

Siri Kedua kejohanan berkenaan membabitkan penyertaan Kuala Lumpur, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Pahang itu dijangka berlangsung di Perak, Julai depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Mac 2020 @ 5:07 PM