PEMAIN Pahang Rangers Zainal Abidin Hamzah (kiri) mengawal pemain Tachikawa Fuchu Athletic, Yusei Arai pada Piala Futsal Antrabangsa Sultan Ahmad Shah 2020 di Stadium SUKPA. FOTO MOHD RAFI MAMAT
PEMAIN Pahang Rangers Zainal Abidin Hamzah (kiri) mengawal pemain Tachikawa Fuchu Athletic, Yusei Arai pada Piala Futsal Antrabangsa Sultan Ahmad Shah 2020 di Stadium SUKPA. FOTO MOHD RAFI MAMAT
Mohd Rafi Mamat


LANGKAH sumbang dilakar wakil negara pasukan Pahang Rangers apabila tewas 1-3 kepada Tachikawa Fuchu Athletic pada perlawanan pembuka tirai Piala Futsal Antrabangsa Sultan Ahmad Shah 2020 di Stadium SUKPA semalam.

Ketinggalan 0-1 pada babak pertama menyaksikan angin kebangkitan skuad bimbingan Gerard Casas Ullastre berlaku pada babak kedua namun sedang usaha memburu jaringan penyamaan gawang tuan rumah sekali lagi bolos.

Gol pembakar semangat pertengahan babak kedua skuad Pahang Rangers disumbangkan penyerang lincah kebangsaan Mohd Azwan Ismail bagi merapatkan kedudukan 1-2.

Usaha tuan rumah menyamakan kedudukan terhidang apabila dihadiahkan sepakan pelnati tiga minit sebelum perlawanan berakhir namun tendangan pemain import kelahiran Brazil Fineo De Arujo tersasar.

Sedang usaha memburu gol dilakukan pasukan lawan bijak mencuri peluang pintu gol terbuka untuk menghasilkan jaringan ketiga.

Keputusan penuh Pahang Rangers tewas 1-3 kepada wakil Jepun Tachikawa Fuchu Athletic.

Jurulatih Pahang Rangers Gerard Cases berkata, sedikit kelekaan pada awal permainan babak pertama dan kedua memberi peluang kepada pemain lawan menghasilkan dua jaringan.

Menurutnya, secara keseluruhan aksi pemain dianggap baik dan memuaskan namun nasib tidak menyebelahi pasukannya.

“Tidak dinafikan pasukan lawan juga memiliki banyak kelebihan hingga mampu mengawal permainan sepanjang permainan.

“Saya berharap pemain Pahang Rangers dapat bangkit pada perlawanan kedua hari ini,” katanya yang berharap peminat dapat terus memberi sokongan kepada Pahang Rangers.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Februari 2020 @ 12:28 AM