VENUS Williams
VENUS Williams
Reuters

VENUS Williams menarik diri daripada Kejohanan Antarabangsa Brisbane selepas menghadapi masalah dengan latihannya, kata bekas pemain nombor satu dunia itu.

Venus, 39 dijangka menyertai pemain nombor satu dunia Ashleigh Barty, Karolina Pliskova dan Naomi Osaka dalam saingan sengit di Pusat Tenis Queensland dari 6 hingga 12 Januari dan penganjur berkata mereka akan mengumumkan pemain wildcard bagi menggantikan tempatnya dalam undian itu.

“Malangnya saya tidak akan memulakan musim saya di Brisbane berikutan masalah yang tidak diduga ketika latihan,” kata Venus, juara Grand Slam tujuh kali itu yang mendapat tiket wildcard untuk acara itu, menerusi satu kenyataan.

“Saya tidak sabar berada di Australia pada Tahun Baru dan akan berjumpa anda semua di Adelaide.”

Kejohanan Antarabangsa Adelaide bermula pada 13 Januari.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 January 2020 @ 12:16 PM