VENUS atasi Camila dalam aksi sengit lebih tiga jam.
VENUS atasi Camila dalam aksi sengit lebih tiga jam.
AFP

Birmingham, United Kingdom: Venus Williams meraih kemenangan pertama ke atas pemain kelompok 50 teratas dalam tempoh empat tahun selepas bekas pemain nombor satu dunia itu menewaskan Camila Giorgi di kejohanan WTA di Birmingham awal pagi tadi.

Dengan tidak mempedulikan masalah lutut yang memerlukan rawatan pada set pertama, Venus menang perlawanan individu pertamanya buat kali kedua dalam tempoh dua tahun.

Pemain berusia 43 tahun itu menang 7-6 (7/5), 4-6, 7-6 (8/6) dalam aksi pusingan pertama ke atas pemain 48 dunia Camila dalam tempoh tiga jam 16 minit.

Venus beraksi di gelanggang rumput di Belanda minggu lalu dalam penampilan pertamanya sejak Januari dan tampak bergelut ketika Camila.

Namun juara lima kali Wimbledon itu masih bertenaga dalam aksi sengit itu dan selepas menyempurnakan mata akhir kedua pada tie-break dia meraikan kemenangan dengan tumbukan ke udara diiringi tepukan gemuruh penonton.

"Kemenangan sangat manis kerana saya sudah lama tidak menyertai jelajah," katanya.

"Tennis sukan menarik. Ramai orang berminat melakukan apa yang saya lakukan, jadi saya tidak boleh mengambil mudah."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Jun 2023 @ 9:57 AM