VENUS mara ke suku akhir di Indian Wells minggu lalu.
VENUS mara ke suku akhir di Indian Wells minggu lalu.
AFP

VENUS Williams mempamerkan kekentalan mental yang menjadikannya juara perseorangan Grand Slam sebanyak tujuh kali apabila mengekang cabaran pemain Slovenia Dalila Jakupovic di Terbuka Miami.

Pemain Amerika Syarikat berusia 38 tahun, mara ke suku akhir di Indian Wells minggu lalu , menewaskan Dalila 7-5, 6-3 dalam tempoh 78 minit untuk melangkah ke pusingan kedua selepas bergelut pada awal permainan.

Pemain kelayakan itu akhirnya tunduk dengan tekanan Venus, pemain ranking 43 dunia yang menempah pertemuan pusingan kedua dengan pilihan ke-24 dari Sepanyol, Carla Suarez Navarro.

Pilihan ke-10, Serena Williams, juara perseorangan Grand Slam 23 kali dan adik kepada Venus akan memulakan aksi pusingan kedua berdepan pemain Sweden Rebecca Peterson, yang menyingkirkan pemain kelayakan dari Jerman Laura Siegemund 6-1, 5-7, 7-5.

Venus memberi penghargaan kepada ibunya, Oracene Price, yang membentuk karakter dan keinginan yang sepadan dengan skil tenis yang dibangunkan bapa mereka dan juga jurulatih sepanjang hayat Richard Williams.

“Membesar di rumah saya, kami tidak dibenarkan menjadi lemah jadi ia bukan satu pilihan,” kata Venus.

“Satu-satunya pilihan adalah menjadi kuat. Anda hanya ada pilihan sama ada untuk menjadi kuat atau menjadi kuat, jadi kami menjadi kuat.”

Venus yang menjuarai Terbuka Miami tiga kali, adalah pemain tertua dalam undian perseorangan wanita tetapi tidak berdepan masalah merebut lebih banyak gelaran.

“Saya tidak fikir ada sebarang pengorbanan,” katanya.

“Saya fikir ia hanya satu kelebihan terutama jika anda mampu berusaha mencapai impian. Itulah yang diingini semua orang.

“Satu daripaada cabaran adalah ia hanya gaya hidup dan tiada detik yang anda tidak mencuba untuk menjadi baik atau lupakan mengenai tenis.

“Anda hanya merasai tekanan untuk menjadi lebih baik dan terus bekerja.”

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Mac 2019 @ 10:13 AM