PEMAIN tenis veteran AS, Venus Williams. FOTO AFP
PEMAIN tenis veteran AS, Venus Williams. FOTO AFP
Reuters

New York: Bekas juara bertahan tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS), Venus Williams dan Dominic Thiem diberikan wildcard untuk bertanding pada kejohanan Grand Slam terakhir tahun ini, umum Persatuan Tenis AS (USTA), hari ini.

Selain Venus, beberapa pemain AS lain yang layak beraksi di menerusi wildcards di Flushing Meadows termasuk bekas juara Terbuka Australia, Sofia Kenin; CoCo Vandeweghe, Elizabeth Mandlik, Peyton Stearns dan pemain berusia 17 tahun, Eleana Yu.

Pemain lelaki AS yang layak ke undian utama menerusi wildcards termasuk Sam Querrey, Emilio Nava, JJ Wolf, Ben Shelton and Learner Tien.

Kejohanan pada tahun ini akan bermula dari 29 Ogos sehingga 11 September.

Venus, 42, yang juga juara dua kali di Flushing Meadows, akan kembali bermain di Terbuka AS buat kali pertama sejak 2020.

Kakaknya, Serena, yang menang 23 gelaran perseorangan Grand Slam mungkin bersara sebaik beraksi di kejohanan di New York itu.

Minggu lalu, Serena mengumumkan akan bersara dan menghitung hari untuk meninggalkan tenis, walaupun tidak menyatakan Terbuka AS akan menjadi kejohanan terakhir disertainya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2022 @ 10:36 AM