Vinales tewaskan Marquez di Sepang. FOTO REUTERS
Vinales tewaskan Marquez di Sepang. FOTO REUTERS
Saiful Affendy Sapran


PELUMBA Monster Energy Yamaha MotoGP, Maverick Vinales memenangi perlumbaan kelas MotoGP Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Vinales menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 40 minit 14.632 saat (s) mengatasi juara dunia dan pemenang tahun lalu, Marc Marquez (Repsol Honda) yang meraih podium tempat kedua.

Tempat ketiga milik pelumba Ducati, Andrea Andrea Dovizioso selepas bersaing sengit dengan rakan sepasukan Vinales, Valentino Rossi yang terpaksa berpuas hati dengan penamat keempat.

Pelumba Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli yang bermula di petak ketiga sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam manakala rakan sepasukannya yang bermula di petak pertama, Fabio Quartararo, ketujuh.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang beraksi bersama Red Bull KTM Tech 3, menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-16.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 November 2019 @ 4:17 PM