RORY McIlroy. -FOTO AFP
RORY McIlroy. -FOTO AFP
AFP

Washington: Rory McIlroy berkata, dia ingin melihat Tiger Woods beraksi di Masters minggu depan, walaupun itu akan menyukarkan dia untuk melengkapkan karier Grand Slam.

"Ia akan menjadi sesuatu yang hebat untuk dia berada di sana," kata McIlroy.

Juara kejohanan utama empat kali dari Ireland Utara itu, antara pemain yang akan beraksi di Terbuka Texas US PGA di TPC San Antonio penyertaan terakhir untuk kejohanan besar pertama tahun ini di Augusta National.

Woods mengalami kecederaan pada kaki kanan yang teruk ketika mengalami kemalangan kereta pada Februari 2021, menjalani latihan 18 lubang di Augusta National pada Selasa, menguji kecergasannya untuk bersaing merebut mahkota Masters keenamnya.

Woods tidak bermain sejak Masters 2020 sehingga November kerana Covid-19.

Dia menghabiskan masa selama 13 bulan untuk proses pemulihan daripada nahas itu berkata, dia bernasib baik kerana masih hidup dan tidak dipotong kakinya tetapi tidak diberitahu bila akan kembali.

McIlroy hanya memerlukan jaket hijau Masters untuk melengkapkan karier Grand Slam, tidak sabar untuk beraksi minggu depan di Georgia.

"Saya fikir untuk golf dan untuk kejohanan Masters dan untuk semua orang, dapat melihat Tiger akan menjadi fenomena yang luar biasa," kata McIlroy.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2022 @ 10:19 AM