Dele Alli pamer permainan hambar menentang Liverpool. FOTO REUTERS
Dele Alli pamer permainan hambar menentang Liverpool. FOTO REUTERS
Agensi

DUA pengulas sukan, Gary Neville dan Roy Keane yakin prestasi hambar Dele Alli menentang Liverpool membuktikan prestasi pemain tengah itu semakin merudum sejak beberapa tahun lalu.

Alli bergelut untuk mempamer impak pada perlawanan itu dengan jaringan menerusi Jordan Henderson dan Mohamed Salah membolehkan Reds bangkit daripada ketinggalan menewaskan Tottenham di Anfield, semalam.

Selain Neville dan Roy Keane dua lagi pengulas iaitu Graeme Souness dan Jamie Carragher juga tidak tertarik dengan gaya permainan pemain Inggeris terbabit.

“Sangat, sangat teruk,” kata Keane.

“Dia contoh hebat buat ramai pemain bola sepak di luar sana tetapi kehilangan semangat. Spurs ada tiga daripada empat pemain jenis itu sekarang.

“Dia langsung tidak dahagakan kejayaan dan seperti tidak wujud sekarang.”

“Dia perlu mendengar perkataan seperti itu kerana saya rasa dia mampu mengambil cabaran diperkatakan seperti itu”, kata Neville memberi reaksi.

“Dia tidak seperti kebiasaannya atau datang dari liga rendah. Dia kini tinggal separuh.”

Souness mengatakan : “Saya menyangka dia akan menjadi bintang. Saya dia adalah kes klasik seseorang sedang berehat di kerusi malasnya.

“Mereka memberikannya kontrak selama empat atau lima tahun dan lihat apa yang berlaku.

“Dia tidak lagi berminat dengan menjadi bayang kepada dirinya sendiri. Alli perlu belajar mengenai permainan itu.”

Carragher juga merasakan pertukaran posisi memberi impak negatif kepada karier Alli.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Oktober 2019 @ 8:12 PM