PENYERANG Manchester United, Cristiano Ronaldo (tengah) bersalaman dengan legenda kelab, Roy Keane (kiri), tetapi tidak mempedulikan bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher.
PENYERANG Manchester United, Cristiano Ronaldo (tengah) bersalaman dengan legenda kelab, Roy Keane (kiri), tetapi tidak mempedulikan bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher.
Agensi

Manchester: Ia adalah detik memalukan apabila Cristiano Ronaldo tidak mempedulikan dan enggan bersalam dengan Jamie Carragher menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeirs (EPL) antara Manchester United dan Liverpool, malam tadi.

Insiden kelakar itu berlaku beberapa ketika sebelum sepak mula perlawanan dua musuh ketat itu di Old Trafford.

Carragher yang juga ikon Liverpool bertugas sebagai pundit perlawanan bersama dua legenda United, Gary Neville dan Roy Keane apabila Ronnie muncul.

Hos, Dave Jones kemudian berkata: "Lelaki utama berada di sini malam ini!"

Ronaldo, 37, pada mulanya mengelak ketika Carragher menghulurkan tangan untuk bersalam dan dia sebaliknya menuju ke arah Neville.

Ronnie sekali lagi tidak mempedulikan Carragher apabila dia bergerak di tepi pemain Liverpool itu untuk menegur Keane.

Jones kemudian bertanya kepada Ronnie: "Adakah anda mahu bercakap dengan kami?", pada ketika Keane menambah: "Gembira dapat bertemu anda Cristiano!"

Tetapi, ketika itu Ronaldo sudah mula melangkah untuk sesi memanaskan badan menyebabkan Carragher tersipu-sipu akibat tidak dilayan.

Carragher sebelum ini mengkritik hebat Ronaldo sejak dia kembali semula ke Manchester United pada musim panas lalu.

Penyokong menyifatkan tindakan penyerang veteran itu sebagai kelakar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2022 @ 10:51 AM