FERNANDES dikatakan tiada daya kepimpinan. FOTO EPA
FERNANDES dikatakan tiada daya kepimpinan. FOTO EPA
Reuters

Manchester: Telatah Bruno Fernandes di Anfield mendapat kritikan, dengan beberapa bekas pemain berkata pemain antarabangsa Portugal itu harus kehilangan jawatan kapten ketika Manchester United dibelasah Liverpool 0-7.

Fernandes, yang menjaringkan 57 gol dalam 166 perlawanan buat kelab berkenaan dalam semua kejohanan, memegang jawatan ketua pasukan ketika ketiadaan Harry Maguire namun menunjukkan kekecewaannya beberapa kali semasa kekalahan paling teruk United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Ada pemain yang jauh lebih layak untuk menjadi ketua pasukan," kata bekas penyerang, Chris Sutton, yang meraig gelaran liga bersama Blackburn Rovers pada 1995.

"Fernandes bukanlah pemimpin terbaik mereka. Saya rasa tidak tidak sepatutnya memakai lilitan ketua pasukan Manchester United sekali lagi."

Dalam kemelut pasukan yang disebut oleh jurulatih United, Erik ten Hag sebagai 'tidak profesional' dan 'mengejutkan', Fernandes menonjolkan bahasa badan mungkin yang paling teruk.

Ketika aksi berkenaan pemain berusia 28 tahun itu membiarkan pemain Liverpool, Stefan Bajcetic melepasinya, mengangkat tangannya dalam isyarat kesal dan bukannya mengejar.

Sutton menganggap itu adalah telatah paling menonjol dipamerkan Fernandes.

"Walaupun seburuk mana aksi United, anda tidak boleh membiarkan seseorang melarikan diri daripada anda dan berputus asa. Itulah yang dilakukan kapten Manchester United - dan itu adalah pandangan yang buruk.

"Saya tidak fikir dia mempunyai sebarang hujah sebenar jika dia dilucutkan jawatan kapten," katanya.

Bekas kapten United, Roy Keane menggelar pemain senior sebagai 'memalukan', dan berkata mereka tidak mempunyai sebarang kemahiran kepimpinan.

"Apabila keadaan menjadi sukar, mereka hilang," kata Keane.

Pengulas perlawanan dan bekas kapten United, Gary Neville menggelar Fernandes sebagai 'memalukan' dan 'ada masa sangat memalukan'.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2023 @ 9:11 AM