KANE dikritik aksi longlai bersama England. FOTO Agensi
KANE dikritik aksi longlai bersama England. FOTO Agensi
Agensi

London: Harry Kane memberi tahu peminatnya bahawa dia cergas sepenuhnya dan akan berada di tahap terbaik apabila diperlukan.

Terdahulu pengulas TV Graeme Souness dan Roy Keane mengkritik penampilan Kane di Euro ketika menentang Scotland dengan menuduh kapten Three Lions itu seperti 'tidak bersemangat'.

Namun Kane yang diturunkan dua kali oleh Gareth Southgate yakin dia boleh memberi impak pada aksi kalah mati - tidak seperti tiga tahun lalu di Piala Dunia apabila dia gagal menemui sentuhan gol seperti yang diinginkan di hujung saingan.

Perancang utama Tottenham itu mengakui bahawa tahap kecergasannya di Russia perlu dipersalahkan sehingga menyebabkan England gagal mara ke peringkat akhir.

Namun dia berkata: "Apa yang kami pelajari pada kejohanan terdahulu adalah berusaha untuk mencapai puncak prestasi pada waktu yang tepat.

"Mungkin di Russia, terdapat waktu di suku dan separuh akhir, prestasi saya tidak begitu tajam seperti yang saya mahukan.

"Akhirnya kami tidak sampai ke tempat yang kami mahukan dan mungkin itu sebabnya.

"Saya tahu peluang akan datang dengan pemain yang berada dalam pasukan.

"Dan apabila mereka melakukannya, saya mampu untuk mengatasi mengatasi mereka."

Bintang Euro Cristiano Ronaldo, Romelu Lukaku dan Kevin De Bruyne masing-masing sudahpun meledakkan gol di Euro kali ini. Namun, Kane hanya melakukan 19 sentuhan ketika menentang Scotland - paling kurang di peringkat antarabangsa - sebelum dia digantikan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Jun 2021 @ 8:22 AM