KEDAH lawan Pahang
KEDAH lawan Pahang
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad


KUALA lUMPUR: Pasukan Kedah dan Selangor menjadi pilihan pelayar maya untuk ke final Piala Malaysia 2019 menjelang aksi separuh akhir kedua esok.

Keputusan itu diperoleh hasil tinjauan pendapat dalam talian Facebook dan Twitter Harian Metro (HM) dalam tempoh 24 jam berakhir jam 9 pagi tadi.

Seramai 9,000 pelayar mengambil bahagian dalam undian antara skuad 'Helang Merah' dan 'Tok Gajah' di Facebook HM dan 12,200 pelayar bagi undian Selangor dan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Sebanyak 54 peratus daripada 9,000 pelayar memilih Kedah untuk mara dan bakinya 46 peratus, Pahang selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 secara agregat di Stadium Darul Aman Kedah, pada aksi separuh akhir pertama, Sabtu lalu.

Kedua-dua pasukan bakal berentap di Stadium Darul Makmur, Kuantan, jam 9 malam esok.

Sementara itu, 65 peratus daripada 12,200 pelayar memilih skuad 'Gergasi Merah' untuk memenangi aksi separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam manakala 35 peratus lagi, JDT.

Biarpun memiliki kelebihan dari segi jaringan di tempat lawan, JDT bakal diberi tentangan sengit oleh Selangor yang memerlukan jaringan awal bagi menyamakan agregat selepas tewas 1-2 di separuh akhir pertama.

Menerusi undian di Twitter HM pula, 58 peratus daripada 391 pelayar memilih Selangor ke final dan bakinya, 42 peratus memilih JDT. Pasukan Kedah dan Pahang, masing-masing mendapat peratus undian sama daripada 270 pelayar yang mengambil bahagian.

SELANGOR lawan JDT
SELANGOR lawan JDT

Undian berkenaan turut mendapat pelbagai reaksi berdasarkan maklum balas ditinggalkan di ruangan komen.

Pengikut Facebook, Syamsul Amri Abu Bakar yang mengaku peminat Selangor berharap penyokong kedua-dua pasukan menghormati satu sama lain dan tidak bergaduh disebabkan sukan nombor satu itu.

"Harap Selangor menang dan layak, tak kisah berapa (jaringan) pun. Apapun JDT team yang hebat. Memang seram kalau tengok team saya lawan JDT sebab mereka hebat. Paling penting jangan pasal bola kita bergaduh lebih-lebih. Hormat kedua-dua pihak!" katanya.

Pengikut dikenali Mohd Farid pula berkata, JDT mempunyai kelebihan jika menjaringkan gol awal kerana bermain di tempat lawan.

"Kelebihan kepada JDT sebab bertandang tempat lawan jika dapat 'score' awal...tapi Selangor perlu cari gol awal kalau nak bagi tekanan kepada JDT...Apa-apa pun harap kedua-dua team bagi persembahan yang mantap," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Oktober 2019 @ 6:17 PM