ESPANYOL (jersi putih biru) tewas di tangan Mallorca, Ahad lalu. — FOTO EPA
ESPANYOL (jersi putih biru) tewas di tangan Mallorca, Ahad lalu. — FOTO EPA
Reuters

ESPANYOL memecat jurulatih David Gallego selepas lapan perlawanan musim ini dan menggantikannya dengan bekas pengurus Sevilla dan Girona, Pablo Machin, umum kelab Sepanyol itu awal pagi tadi.

Gallego meninggalkan Espanyol di tangga kedua tercorot dalam kedudukan liga dengan lima mata, menang satu aksi La Liga, seri dua dan kalah lima.

Ahad lalu, kelab itu tewas 0-2 di tangan kelab yang turut bermasalah Real Mallorca.

Jurulatih itu bagaimanapun berjaya meraih kejayaan dalam bola sepak Eropah, mengemudi kelab melepasi tiga pusingan kelayakan untuk beraksi pada peringkat kumpulan Liga Europa, meraih empat mata daripada dua aksi pertama.

DAVID GALLEGO. — FOTO Twitter RCD Espanyol
DAVID GALLEGO. — FOTO Twitter RCD Espanyol

Pengganti Gallego, Machin meraih kejayaan bersama satu lagi kelab Catalan, Girona, mengemudi mereka ke liga utama Sepanyol buat kali pertama pada 2017 dan berakhir di tangga ke-10 La Liga musim berikutnya.

Kehebatan Machin bersama Girona menyaksikannya dilantik sebagai jurulatih Sevilla yang mana beliau bermula dengan baik untuk mencabar kejuaraan sebelum merudum dan dilepaskan daripada tugasnya Mac lalu.

Beliau akan diperkenalkan sebagai jurulatih pada satu sidang akhbar lewat hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Oktober 2019 @ 9:54 AM