RAFINHA tandatangani kontrak setahun lagi bersama Barca sebelum dipinjamkan. — FOTO Twitter Barcelona
RAFINHA tandatangani kontrak setahun lagi bersama Barca sebelum dipinjamkan. — FOTO Twitter Barcelona
AFP

PEMAIN tengah Barcelona, Rafinha Alcantara menyertai Celta Vigo secara pinjaman hingga hujung musim ini, umum kedua-dua kelab awal pagi tadi.

Rafinha menghabiskan setahun secara pinjaman di Celta pada 2013-14 dan akan menyertai semula kelab Galician itu dengan harapan dapat beraksi secara lebih kerap.

Barca turut melanjutkan kontrak Rafinha bagi menghalang pemain Brazil itu berpindah secara percuma pada musim panas akan datang.

“FC Barcelona dan Rafinha bersetuju dengan perjanjian utnuk membaharui kontraknya hingga musim 2020-21,” menurut Barca dalam satu kenyataan.

“Pada masa sama, FC Barcelona dan Celta bersetuju dengan perpindahan pemain ini bagi musim 2019-20.”

Celta akan membayar kontrak Rafinha dan mungkin berhutang dengan Barcelona 1.5 jura euro (RM6.9 juta) tambahan bayaran lain.

Berada di akademi Barcelona bersama abangnya Thiago Alcantara, yang kini di Bayern Munich, karier Rafinha digugat dengan kecederaan lutut serius pada 2015, 2017 dan 2018.

Dia turut bergelut untuk beraksi di bawah kendalian Ernesto Valverde dan mungkin menghabiskan satu musim lagi di bangku simpanan di belakang pemain seperti Lionel Messi, Luis Suarez, Antoine Griezmann dan Ousmane Dembele jika tidak berpindah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 September 2019 @ 8:08 AM