PEMAIN Real (jersi putih) lesu selepas tamat perlawanan.
PEMAIN Real (jersi putih) lesu selepas tamat perlawanan.
AFP

MADRID: Real Madrid kekal lapan mata di belakang Barcelona yang berada di persada La Liga selepas gagal mengatasi Athletic Bilbao dalam saingan berakhir 0-0 ketika kapten Sergio Ramos dilayangkan kad merah ke-24 sepanjang kariernya.

Sebelum itu, Celta Vigo menjadi pasukan pertama mencuri mata daripada Barcelona di Nou Camp dalam saingan berakhir seri 2-2.

Atletico Madrid mengambil kesempatan ke atas Barca ketika jaringan kemenangan Antoine Griezmann berdepan kelab lamanya dua minit sebelum tamat memberikan kemenangan berharga 2-1 mengatasi Real Sociedad untuk berkedudukan enam mata di beakang pendahulu.

Real kini berkedudukan keempat dengan Sevilla yang menewaskan Deportivo la Coruna 2-0 pada hari jurulatih mereka Eduardo Berizzo keluar dari hospital selepas empat hari menjalani pembedahan ketumbuhan prostat.

PENYERANG Barca, Lionel Messi (kiri) melihat rembatan rakan sepasuakan, Jordi Alba (kanan). FOTO/AFP
PENYERANG Barca, Lionel Messi (kiri) melihat rembatan rakan sepasuakan, Jordi Alba (kanan). FOTO/AFP

Celta kerap menjadi pasukan badi kepada Barca sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan menewaskan skuad Catalan itu tiga kali dalam tiga musim sebelum ini.

Permulaan positif skuad Galicians itu ketika bos Celta, Juan Carlos Unzue kembali ke Camp Nou tempat dia menghabiskan masa tiga tahun selaku pembantu Luis Enrique bermula selepas 20 minit apabila Aspas menyambung hantaran selepas Marc-Andre ter Stegen menafikan cubaan Maxi Gomez.

Kelebihan Celta hanya bertahan dua minit apabila Messi yang menerima hantaran Paulinho meledak mengatasi Ruben Blanco untuk gol pertamanya sejak penghujung Oktober.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Disember 2017 @ 11:40 AM