HAMILTON (kiri) bersama pemenang Leclerc (tengah) dan rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas di podium semalam. — FOTO AFP
HAMILTON (kiri) bersama pemenang Leclerc (tengah) dan rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas di podium semalam. — FOTO AFP
AFP

LEWIS Hamilton mengakui dia berasa sukar untuk melaksanakan tugasnya dan bertanding pada perlumbaan Grand Prix Belgium berikutan kematian Anthoine Hubert pada perlumbaan F2, kelmarin.

Juara dunia lima kali itu berkata, sukar untuk menerima hakikat kehidupan perlu diteruskan dalam keadaan tragik sebegitu.

“Ia bukannya hujung minggu terbaik buat sukan ini,” kata Hamilton selepas berakhir di tangga kedua di belakang pemandu Ferrari, Charles Leclerc, yang merakam kemenangan sulung dalam F1.

“Semalam satu hari yang paling sukar... dan hadir ke sini kami perlu melapangkan dada dan kemudian berlumba dengan semangat Anthoine.

“Tapi hadir ke sini hari ini, amat sukar untuk percaya yang kami kehilangan seorang pelumba hebat – dan dunia anda diteruskan.

“Perlumbaan berlangsung jadi anda terpaksa masuk ke kereta dan melakukan tugas. Sepanjang perlumbaan saya teringat mengenai keluarganya dan saya fikir pasukan melakukan tugas yang bagus.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 September 2019 @ 1:58 PM