HAMILTON bersama Wolff. FOTO Agensi
HAMILTON bersama Wolff. FOTO Agensi
Agensi

London: Penguasaan Mercedes dalam Formula Satu adalah 'masalah' kepada sukan itu menjelang musim 2021 yang hampir sama situasinya, menurut Eddie Jordan.

Lewis Hamilton kekal pilihan utama untuk mencatat rekod baharu lapan gelaran bersama pasukan yang jelas mengatasi pencabar lain hampir sepanjang dekad ini.

Tetapi dijangkakan situasi samal bakal berulang seperti tahun-tahun sebelum ini yang menyaksikan dominasi Mercedes terutamanya dari Hamilton.

Bekas pengurus pasukan, Jordan berkata: "Sukan ini dalam situasi sukar kerana tiada siapa mampu mencabar Mercedes. Mereka melakukannya lebih baik berbanding pasukan lain.

"Racing Point menjuarai perlumbaan tahun lalu, ia prestasi yang bagus daripada Sergio Perez dan Max Verstappen memenangi perlumbaan terakhir tetapi anda jangan harapkan persaingan akan menjadi lebih terbuka.

"Mercedes mempunyai tenaga terbaik dan enjin terbaik, jadi mengapa tidak mereka menjuarai kejohanan? Ia menjadi masalah kepada saya.

"Sukar mencari penaja yang betul dan anda tidak akan dapat bersaing dengannya."

Mercedes meraih petak utama hampir kesemua perlumbaan kecuali dua pada 2020 dengan Hamilton menjuarainya dengan 124 mata walaupun tidak beraksi di GP Sakhir akibat koronavirus.

Pemandu Britain menjadi pemandu terakhir mengesahkan penyertaan musim baharu tetapi masih belum menandatangani kontrak dengan pengeluar Jerman itu.

Bagaimanapun, ketua Merc, Toto Wolff baru-baru ini mendakwa perjanjian baharu akan ditandatangani tidak lama lagi tetapi ia bukan kontrak jangka panjang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2021 @ 2:30 PM