NORRIS berjaya merangkul petak utama di saat akhir, FOTO Reuters
NORRIS berjaya merangkul petak utama di saat akhir, FOTO Reuters
AFP

Barcelona: Lando Norris dari McLaren menghasilkan pusingan lewat yang mempesonakan untuk menafikan Max Verstappen dari meraih petak utama bagi Grand Prix (GP) Sepanyol dalam sesi kelayakan sebentar tadi.

Lewis Hamilton akan bermula di barisan kedua bersama rakan sepasukan Mercedesnya George Russell.

Verstappen kelihatan sudah mengesahkan tempat untuk memulakan pusingan ke-10 musim ini di grid hadapan.

Bagaimanapun, percubaan terakhir penentuan 10 teratas menyaksikan Norris berjaya menghalang pelumba Red Bull dengan catatan 1:11.383 saat (s) berbanding Verstappen 1:11.403s.

"Hari ini adalah pusingan yang sempurna," kata Norris selepas hanya meraih petak pertama kedua dalam kerjayanya.

"Max kelihatan lebih kuat, tetapi kami membuat beberapa perubahan," tambah warga Britain itu yang memenangi GP sulungnya musim ini di Miami.

"Saya sangat gembira berada di petak pertama, ia akan menjadi sukar tetapi kami di sini untuk menang!"

Verstappen, mensasarkan gelaran dunia keempat berturut-turut, mendahului kejuaraan dengan 56 mata daripada Charles Leclerc, yang memulakan perlumbaan di petak kelima, dengan Norris tujuh mata di belakang di tempat ketiga.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2024 @ 12:16 AM