Pierre-Emerick Aubameyang (tengah) menjaringkan gol kemenangan Arsenal. FOTO Agensi
Pierre-Emerick Aubameyang (tengah) menjaringkan gol kemenangan Arsenal. FOTO Agensi
Agensi

PIERRE-Emerick Aubameyang menjaringkan gol kemenangan ketika Arsenal menewaskan Burnley untuk memastikan kemenangan kedua berturut-turut bagi kempen permulaan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kali sejak 2009.

Penyerang Perancis, Alexandre Lacazette mengesahkan kehadirannya semula bersama Gunners selepas mengalami kecederaan menerusi jaringan pada minit ke-13 untuk menewaskan penjaga gol Burnley, Nick Pope.

Ashley Barnes menyamakan kedudukan dua minit sebelum tamat separuh masa pertama. Sebelum penyerang tuan rumah Aubameyang memastikan kemenangan di Stadium Emirates, London minit ke-64 permainan.

Gunners beraksi dengan penampilan pemain pertahanan yang baru dibeli mereka David Luiz dan pemain yang dipinjam dari Real Madrid, Dani Ceballos dalam kesebelasan utama pasukan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Ogos 2019 @ 12:00 AM