Sofia (kiri) bersalaman dengan Ashleigh selepas perlawanan. FOTO AFP
Sofia (kiri) bersalaman dengan Ashleigh selepas perlawanan. FOTO AFP
Reuters

PEMAIN tenis wanita nombor satu dunia, Ashleigh Barty dari Australia tewas mengejut 6-7(5), 3-6, 4-6, kepada pemain Amerika Syarikat, Sofia Kenin dalam aksi pusingan kedua Piala Rogers, di Toronto, Kanada, awal pagi ini.

Ashleigh atau Ash, beraksi buat pertama kali selepas tersingkir di peringkat 16 terakhir di Wimbledon, terpaksa berhempas pulas pada set kedua selepas ketinggalan dalam set pembukaan perlawanan.

Sofia memanfaatkan peluang itu sekali gus melakar sejarah kemenangan buat pertama kali dalam empat pertembungan dengan pemain Australia itu.

Sofia membalas pukulan Ashleigh pada aksi Piala Rogers di Kanada. FOTO AFP
Sofia membalas pukulan Ashleigh pada aksi Piala Rogers di Kanada. FOTO AFP

Sofia hampir dikejutkan dengan kebangkitan Ash pada set penentuan bagaimanapun dia berjaya memperkemaskan permainan untuk mengecewakan lawan.

“Jujur saya agak kepenatan,” kata Sofia selepas perlawanan itu. “Berdepan pemain sukar dan perlawanan yang cukup sengit. Saya sangat gembira dapat terus mara ke peringkat seterusnya.”

Sofia dijangka bertemu sama ada pemain Ukraine, Dayana Yastremska atau bekas pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka, yang terdahulu menewaskan pemain Itali, Camila Giorgi 6-2 6-2.

Pada aksi terdahulu, juara tujuh kali Grand Slam, Venus Williams turut dikejutkan dengan kekalahan di pusingan pertama selepas tewas kepada pemain Sepanyol, Carla Suarez-Navarro, 4-6, 2-6. Carla akan berdepan pemain pilihan ke-16 dari Estonia, Annett Kontaveit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Ogos 2019 @ 7:56 AM