POGBA beraksi buat United menentang Inter Milan pada aksi Piala Juara Antarabangsa di Singapura, malam ini. — FOTO AFP
POGBA beraksi buat United menentang Inter Milan pada aksi Piala Juara Antarabangsa di Singapura, malam ini. — FOTO AFP
Reuters

JURULATIH baharu Juventus, Maurizio Sarri menyatakan hari ini beliau seorang peminat pemain tengah Manchester United, Paul Pogba namun tidak tahu sama ada pemain Perancis itu akan meninggalkan England untuk menyertai juara Serie A itu.

Ejen Pogba baru-baru ini memberitahu akhbar The Times, pemain berusia 26 tahun itu mahu meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris itu, manakala pemain itu berkata di Tokyo bulan lalu dia mahu mencari cabaran baharu di tempat lain susulan laporan mengaitkannya dengan Juventus dan Real Madrid.

“Saya amat menyukai pemain ini tapi saya tidak tahu situasinya. Saya bukannya pengarah teknikal,” Sarri memberitahu wartawan di Singapura menjelang aksi Piala Juara Antarabangsa antara Juventus dengan Tottenham Hotspur, esok.

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menegaskan minggu ini beliau mahu membina pasukan di sekeliling Pogba, menganggap pemenang Piala Dunia itu sebagai “manusia fantastik” dan “seorang pemain profesional hebat.”

Pogba menyertai United dari Juventus pada 2016 dengan harga rekod dunia ketika itu £89.3 juta (RM459 juta). Dia menjaringkan 31 gol dalam 142 penampilan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Julai 2019 @ 9:53 PM