Jefri mahu atlet digilap ke peringkat lebih tinggi. FOTO NSTP
Jefri mahu atlet digilap ke peringkat lebih tinggi. FOTO NSTP
Azlan Muhammad Zain


SEBANYAK 10 jenis sukan menjadi tumpuan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam mencari bakat baru untuk diketengahkan.

MSN dengan kerjasama Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) dan Majlis Sukan Negeri menganjurkan Karnival Bakat Kebangsaan dengan siri pertama sedang berlangsung di peringkat Wilayah Persekutuan.

"Ini adalah tahun kelima selepas kami bermula 2015.

Ia bermatlamat memberi peluang kepada atlet muda peringkat daerah dan negeri bertanding serta mempamerkan kemampuan dimiliki mereka.

"Mereka yang mempunyai potensi akan diketengahkan ke peringkat lebih tinggi untuk digilap," jelas Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin, hari ini.

Sehingga kini, karnival sudah berjaya melahirkan atlet dipelbagai peringkat termasuk 62 atlet diserap ke pelapis kebangsaan.

Siri pertama yang berlangsung dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Wilayah Persekutuan membabitkan 2,040 atlet, jurulatih dan pegawai sudah bermula sejak semalam sehingga 14 Julai.

Sebanyak 41 acara dipertandingkan membabitkan 10 jenis sukan seperti akuatik (terjun dan renang), gimrama, boling padang, menembak, memanah, olahraga, silat, tinju dan wushu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2019 @ 7:28 PM