BARCELONA akan beraksi dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang Arsenal di stadium Nou Camp pada 4 Ogos depan.
BARCELONA akan beraksi dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang Arsenal di stadium Nou Camp pada 4 Ogos depan.
Reuters

BARCELONA akan beraksi dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang Arsenal di stadium Nou Camp pada 4 Ogos ini, kata juara La Liga itu.

Perlawanan menentang naib juara Liga Europa itu adalah bagi merebut trofi tahunan Joan Gamper, yang secara tradisinya adalah perlawanan terakhir Barca sebelum musim lalu namun kali ini perlawanan itu diselang selikan dengan dua jelajah luar negara iaitu ke Jepun dan Amerika Syarikat.

Barca akan menentang juara Liga Europa Chelsea pada 23 Julai di Tokyo sebelum menentang kelab bekas kapten mereka Andres Iniesta iaitu Vissel Kobe pada 27 Julai.

Skuad kendalian Ernesto Valverde kemudiannya dijangka kembali ke Barcelona dan selepas menentang Arsenal mereka akan ke Amerika Syarikat untuk dua perlawanan menentang Napoli dalam kejohanan sulung Piala La Liga-Serie A di Miami pada 7 Ogos dan Michigan, 10 Ogos.

Kali terakhir Barcelona dan Arsenal bertemu dalam aksi 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara pada 2016 di mana skuad Catalan menang 5-1 secara agregat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2019 @ 11:14 PM