Agensi

PENYOKONG Chelsea ‘terguris hati’ melihat Eden Hazard yang bernilai £150j (RM791 juta) diperkenalkan sebagai pemain Real Madrid, mengucup logo kelab gergasi Sepanyol itu.

Hazard, 28, tersenyum ketika mencium logo kelab itu di jersinya selama tiga saat di hadapan 50,000 penyokong Real.

Penyokong Chelsea yang kecewa kehilangan pemain paling berharga mereka, meluahkan kekecewaan mereka di media sosial.

Sebagai reaksi terhadap video kucupan Hazard itu, seorang peminat berkata: "Ia terlalu menyakitkan, tak sanggup tengok."

Seorang lagi menulis mengatakan: "Ia menyakitkan."

Seorang penyokong The Blues membuat ciapan: "Biarpun dia tidak pernah menyembunyikan minat mendalamnya terhadap Real Madrid, melihat perkara seperti itu begitu terasa di hati."

Komen seorang peminat lagi: "Saya boleh menangis."

Peminat yang kecewa melihat tindakan Hazard menulis: "Saya tidak tahan apabila pemain membuat seperti itu."

Peminat hanya dikenali sebagai Charles berkata: "Mencium logo terdapat dalam kontraknya, dia mendapat tambahan sebanyak lima juta lagi."

Pengguna Twitter Chelsea menulis: "Cara Eden Hazard mengucup logo Real Madrid sangat-sangat memalukan."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Jun 2019 @ 6:14 PM