PEMAIN  PDRM,  Muhammad Eskandar Ismail (kanan) mengasak  pemain Sarawak, Nor Azizi Ramlee   di Stadium Hang Jebat.  - FOTO BERNAMA
PEMAIN PDRM, Muhammad Eskandar Ismail (kanan) mengasak pemain Sarawak, Nor Azizi Ramlee di Stadium Hang Jebat. - FOTO BERNAMA
Mohd Fitrie Muhamad

SELEPAS 'menghadiahkan' kekalahan pertama kepada Johor Darul Ta'zim (JDT II) sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM FA) mengekalkan rekod cemerlang apabila membelasah Sarawak 6-2 di Stadium Hang Jebat, Melaka, sebentar tadi.

Aksi garang PDRM begitu ketara seawal 45 minit pertama apabila mendahului lawan 4-0 menerusi jaringan ketua pasukan, Azmizi Azmi pada minit ke-10, Lee Changhoon (m-26), Andre da Silva (m-30) dan Shahurain Abu Samah (m-41).

Bersambung babak kedua, tuan rumah menambah satu lagi gol hasil jaringan pemain baharu, R Gopinathan pada minit ke-73 dan m-90 manakala dua jaringan Sarawak diledak Muhammad Firdaus Fauzi (m-14) dan Zahrul Nizwan Joe Kifli pada minit ke-87.

Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang menambah derita Kelantan apabila membelasah wakil Pantai Timur itu 4-1.

Gol tuan rumah dijaringkan Julian Bottaro pada minit kelima, Kang Seungjo (m-40) dan dua gol menerusi Sergio Aguero, pada minit ke-47 dan 58.

Gol tunggal Kelantan dijaringkan Mohamad Amirul Shafik Che Soh (m-79). Di Stadium UiTM, Shah Alam, tuan rumah terpaksa menunggu hingga minit ke-84 untuk memperoleh jaringan kemenangan 1-0 ke atas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM FC) menerusi Mohammad Amer Azahar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mei 2019 @ 12:18 AM