PASUKAN THT meraikan kemenangan ke atas Sapura di Stadium Hoki MBKT.
PASUKAN THT meraikan kemenangan ke atas Sapura di Stadium Hoki MBKT.
Oleh Faizul Azlan Razak


Kuala Terengganu: Pasukan Hoki Terengganu (THT) mengesahkan kejuaraan liga selepas berpesta gol membelasah Sapura 9-2 dalam aksi terakhir Liga Hoki Malaysia (TNB-MHL) di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), semalam.

Bagaimanapun, pasukan bimbingan Sarjit Singh itu terlebih dulu dikejutkan dengan gol padang Muhammad Izzat Mohd Rahim.

Tersentap dengan jaringan itu, tuan rumah bangkit dengan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil menyamakan kedudukan bagi membuka ledakan gol THT.

Gol THT dijaringkan Fitri Saari, Faizal Saari, Muhammad Firhan Ashaari (dua) Ismail Abu, Sobirin Lias serta pemain import, Seo Jong Ho (dua).

Pasukan pelawat bimbingan, Tai Beng Hai memperoleh jaringan kedua menerusi pukulan sudut penalti, Khasif Ali.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Disember 2014 @ 5:02 AM