HAFIFI (tengah), Naim (kiri) dan Syarifudin ceria meraikan kejayaan.
HAFIFI (tengah), Naim (kiri) dan Syarifudin ceria meraikan kejayaan.
Aida Adilah Mat


SUBANG JAYA: Bergelar hafiz tidak menghalang Muhammad Hafifi Hamdan untuk membantu pasukan E-UKM bergelar juara Pro Evolution Soccer 2019 (PES 2019) di Grand Final XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) 2019, di sini, semalam.

Sedar pasukan lawan membariskan pemain yang pernah mewakili negara di pertandingan PES Asia Tenggara, Hafifi berkata, dia bersama rakan pasukan terdiri daripada Muhammad Syarifudin Hidayatullah Muhammad Yusuf dan Muhammad Naem Zolkapli perlu menyusun strategi terbaik.

Mereka menerima tentangan sengit daripada pasukan GLHF (Unisel) di final sebelum Hafifi yang menggunakan nama dalam permainan A_Fif selain pernah mewakili negara di kejohanan PES dalam talian Asia Tenggara 2018 itu memastikan kemenangan memihak kepada E-UKM 3-0.

“Saingan di peringkat kumpulan agak mudah sebelum menang tipis ke atas UTeM 3-2 di separuh akhir. Tapi, Alhamdulillah semua berjalan lancar dan mengikut perancangan. Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama,” kata pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam.

Tempat ketiga kategori PES milik FYP Fighters (UNIKL) yang menewaskan UTeM Knight (Universiti Teknikal Malaysia, Melaka).

Barisan pemain UKM terus cemerlang apabila pasukan Ultra Instinct mereka mengungguli saingan Mobile Legends Bang Bang selepas menewaskan UMSKAL E-SPORT (Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan).

Tempat ketiga kategori PES milik FYP Fighters (UNIKL) yang menewaskan UTeM Knight (Universiti Teknikal Malaysia, Melaka).

Barisan pemain UKM terus cemerlang apabila pasukan Ultra Instinct mereka mengungguli saingan Mobile Legends Bang Bang selepas menewaskan UMSKAL E-SPORT (Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan).

Tempat ketiga kategori itu milik Team PYRO (Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) dan Invictus Gaming PKB (Politeknik Kota Bharu).

Sementara dalam aksi Dota 2 juara milik KISA (IIUM Kuantan), tempat kedua Geng Bus Sekolah (MMU Melaka), manakala UTeM Tuah (UTeM) dan UNIMAS eSports (UNIMAS) masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Juara keseluruhan semester satu menjadi milik Universiti Malaysia Sabah, sekali gus membawa pulang biasiswa sebanyak RM25,000 yang ditaja oleh XPAX.

Dicetuskan oleh XPAX, acara e-sukan kampus terbesar di Malaysia itu dianjurkan Media Prima Digital menerusi portal permainannya, MyGameOn serta rakan strategik Kitamen menawarkan hadiah tunai terkumpul berjumlah RM 180,000.

Sebanyak 48 pasukan dari lima zon beraksi di Grand Final KEK 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 April 2019 @ 7:30 AM