ZAMRI (dua dari kiri) ketika majlis pelancaran VEU2021 di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) hari ini. FOTO Sukhairi Thani
ZAMRI (dua dari kiri) ketika majlis pelancaran VEU2021 di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) hari ini. FOTO Sukhairi Thani
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Bagi memperkasakan e-Sukan dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), kewujudan e-Sport Arena di kampus Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) di Setapak satu langkah terbaik bagi mencungkil bakat dan melatih pelajar yang berpotensi sehingga mencapai peringkat profesional.

Menurut Presiden Majlis Sukan IPTS Malaysia (Masiswa), Prof Dr Mohd Zamri Yusoff, kompleks berkenaan bakal digunakan sepenuhnya menjelang Januari tahun depan. "E-sports Arena ini juga bakal mengendalikan pertandingan e-Sukan secara fizikal berskala besar, selain mencungkil bakat dan melatih pelajar yang berpotensi," katanya, Ujar beliau, dalam kontak pembangunan e-Sukan di IPTS, Masiswa sememangnya sudah melakukan perancangan bagi memastikan bakat baharu yang akan membawa nama Malaysia mampu dilahirkan.

"TAR UC sudah pun membina e-Sport Arena dalam kampusnya yang boleh memuatkan 42 unit (pax) dalam Gaming Zone, enam unit (pax) dalam Zon VIP dan satu unit (pax) untuk 'broadcasting'.

Zamri yang juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Peajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) berkata, kejohanan Varsity Esport Uni-League 2021 (VEU2021) akan bermula 22 November hingga 12 Disember nanti.

Timbalan Setiausaha Bahagian, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Dr Pekan Ramli hadir merasmikan Majlis Pelancaran VEU2021 di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) hari ini.

Kejohanan anjuran KPT itu dengan kerjasama antara Masiswa dan rakan strategik KITAMEN terbuka kepada semua pelajar yang berdaftar di bawah Institusi Pengajian Tinggi.

Kejohanan secara maya itu menjadi salah satu kejohanan utama di peringkat KPT di mana bersesuaian dengan situasi pandemik yang tidak membenarkan aktiviti berkumpulan dijalankan selain dapat menyumbang kepada pembangunan e-Sukan yang berterusan diperingkat IPT dan kebangsaan.

VEU2021 membabitkan 5 acara iaitu Dota 2, Mobile Legend: Bang Bang, PUBG Mobile, PES Mobile 21, dan FIFA 22.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 November 2021 @ 4:00 PM