Penyerang Borussia Dortmund, Marco Reus. FOTO Reuters.
Penyerang Borussia Dortmund, Marco Reus. FOTO Reuters.
AFP

MARCO Reus mengakui Borussia Dortmund berdepan kesukaran untuk menang dalam usaha pasukan itu memburu kejuaraan Bundesliga, walaupun gol lewat jaringannya membantu pasukan itu berada di kedudukan teratas ketika menang, 3-2 ke atas Hertha Berlin.

Kemenangan Dortmund menyaksikan mereka meninggalkan juara bertahan Bayern Munich dengan tiga mata, ketika Bayern dilihat cuba bangkit berdepan Mainz hari ini, selepas disingkirkan Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara.

Penyerang Ivory Coast, Salomon Kalou menggegar jaring gol Dortmund sebanyak dua kali pada babak pertama bagi menambah tekanan buat pelawat yang hanya mengutip 12 mata daripada tujuh aksi liga sebelum ini.

Namun pemain tengah Denmark Thomas Delaney dan pertahanan Dan-Axel Zagadou menyamakan kedudukan sebelum gol lewat Reus di Stadium Olimpik Berlin.

Dortmund turut memanfaat kelebihan apabila Hertha terpaksa beraksi 10 pemain selepas Jordan Torunarigha dilayangkan kad merah pada minit ke-85 sebelum penyerang gantian mereka, Vedad Ibisevic turut menerima nasib sama pada masa kecederaan.

“Perkara yang paling penting adalah tiga mata yang kami kutip,” kata Reus yang juga kapten Dortmund.

“Kami mendominasi babak kedua dan mengharungi permainan yang baik pada babak pertama.

“Kami bergelut untuk menang, tetapi itu satu-satunya cara untuk mendapat keyakinan.” kata Reus yang menambah pasukannya itu turut memerlukan dua gol lewat untuk menewaskan pasukan bergelut, Stuttgart.

Ketua Jurulatih Bayern Niko Kovac (kiri) dan adiknya Robert Kovac meraikan trofi kejuaraan Bundesliga. FOTO EPA.
Ketua Jurulatih Bayern Niko Kovac (kiri) dan adiknya Robert Kovac meraikan trofi kejuaraan Bundesliga. FOTO EPA.

Sementara itu, Schalke mencatat kekalahan keenam berturut-turut selepas tewas 1-0 kepada RB Leipzig pada perlawanan sulung Huub Stevens sebagai jurulatih sementara.

Kelab itu sebelum ini dimalukan Manchester City 7-0 pada kempen Liga Juara-Juara yang menyebabkan jurulatihnya, Domenico Tedesco dipecat, Khamis lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mac 2019 @ 1:33 PM