Pemain Hoffenheim, Andrej Kramaric (tengah) merai jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO EPA
Pemain Hoffenheim, Andrej Kramaric (tengah) merai jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO EPA
AFP

SCHALKE terlepas peluang melonjak ke puncak Bundesliga tatkala Andrej Kramaric menjaringkan gol dalam penampilan pertama musim ini untuk membantu kemenangan Hoffenheim, 2-0, awal pagi ini.

Barisan kendalian David Wagner mungkin mampu mengatasi pasukan juara Bayern Munich dan pendahulu liga Borussia Moenchengladbach dengan tiga mata di PreZero Arena, Berlin.

Pemain muda berpengaruh Schalke, Suat Serdar dan Weston McKennie yang menjaringkan gol hatrik terpantas Amerika Syarikat awal bulan ini, terlepas aksi perlawanan itu selepas mengalami kecederaan.

Pemain Croatia, Kramaric, yang membantu pasukan negaranya muncul naib juara Piala Dunia tahun lalu, menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-72 selepas terlepas aksi permulaan kempen akibat kecederaan lutut.

Robert Skov (kanan) diasak pemain Schalke, Omar Mascarell (kiri) pada aksi Bundesliga Jerman. FOTO EPA
Robert Skov (kanan) diasak pemain Schalke, Omar Mascarell (kiri) pada aksi Bundesliga Jerman. FOTO EPA

“Ia adalah detik istimewa selepas lima bulan beraksi semula, untuk memulakan langkah pertama di padang dan menjaringkan gol, ia pastinya perasaan yang sukar digambarkan,” kata Kramaric kepada laman web Hoffenheim.

“Saya harus bersikap jujur, Schalke adalah pasukan yang lebih baik, tetapi kami masih mampu untuk menang,” katanya.

Pemain antarabangsa Togo, Ihlas Bebou memastikan kemenangan pasukan itu menerusi jaringan lima minit sebelum permainan tamat.

Hoffenheim meneruskan aksi kemenangan menewaskan Bayern, 2-1 sebelum rehat antarabangsa untuk menyamai Hertha Berlin dengan 11 mata pada kedudukan ke-11 carta liga.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Oktober 2019 @ 9:42 AM