NUHIU (dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang Kepulauan Faroe. -Foto EPA
NUHIU (dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang Kepulauan Faroe. -Foto EPA
AFP

PRISTINA, Kosovo: Jaringan Arber Zenelli dan Atdhe Nuhiu membantu negara kerdil UEFA, Kosovo melakar sejarah awal pagi tadi apabila mereka menang 2-0 ke atas Kepulauan Faroe.

Kosovo adalah negara yang dihuni majoriti rakyat Albania bekas wilayah Serbia yang berpecah daripada republik Yugoslavia ketika peperangan berdarah pada 1998-1999 dan mengumumkan kemerdekaan sedekad kemudian.

Serbia enggan mengiktiraf bekas wilayahnya itu namun Pristina dan bukannya Belgrade, mempunyai alasan untuk meraikan kejayaan awal pagi tadi selepas keputusan berbeza bagi pasukan mereka dalam pertandingan baru Liga Negara Eropah.

Ketika Kosovo meraih kemenangan kompetitif pertama mereka sejak bertanding dalam kancah bola sepak antarabangsa pada 2016, Serbia seri 2-2 dengan Romania di Belgrade sekalipun mendahului dua kali.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 September 2018 @ 7:17 AM