SOUTHGATE (kanan) dan pemain tengah England, Jordan Henderson  ketika sidang akhbar di Stadium St Mary, awal pagi tadi. -  FOTO AFP
SOUTHGATE (kanan) dan pemain tengah England, Jordan Henderson ketika sidang akhbar di Stadium St Mary, awal pagi tadi. - FOTO AFP
Reuters

PENGURUS England, Gareth Southgate menjangkakan Kosovo akan menjadi halangan paling sukar dalam kempen kelayakan Euro 2020 apabila kedua-duanya bertemu buat kali pertama awal pagi esok.

England menang semua perlawanan sebelum ini dengan menewaskan Republik Czech, Montenegro dan Bulgaria, menjaringkan 14 gol dan hanya bolos sekali untuk menduduki tangga teratas Kumpulan A.

Kosovo yang mendapat status FIFA pada 2016 kini menduduki tangga ke-120 dunia tetapi tidak tewas 15 perlawanan dan berada di tempat kedua dalam kumpulan, satu mata di belakang England selepas dua kali seri dan dua kemenangan.

"Saya fikir mereka adalah ujian paling getir, sudah tentu,” kata Southgate dalam sidang akhbar awal pagi tadi.

"Saya tak terkejut dengan keputusan mereka menentang Czech. Taktikal mereka baik dan sangat beroganisasi. Negara mereka masih muda dan sudah mereka mahu berjulang demi jersi dan bendera.”

Southgate berkata, semua pemainnya cergas berdepan Kosovo yang dianggapnya lebih berbahaya daripada Bulgaria.

"Saya fikir Kosovo akan lebih mengancam, bekerja keras dan lebih menyerang daripada apa yang kami hadapi Sabtu lalu,” katanya.

England belum tewas dalam 42 aksi terakhir kelayakan Euro/Piala Dunia dengan 33 kemenangan dan sembilan seri.

Kapten Kane sekali lagi menggalas jentera serangan. Dia mengatasi rekod jaringan terbanyak England sepanjang zaman milik Geoff Hurst dengan 25 gol selepas meledak hatrik ketika menentang Bulgaria.

England akan beraksi di Stadium St Mary milik Southampton buat kali pertama sejak 2002.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 September 2019 @ 10:33 AM