WELSON Sim dan rakan sepasukan mara final kuatet renang  4x100 meter gaya bebas lelaki. FOTO/BERNAMA
WELSON Sim dan rakan sepasukan mara final kuatet renang 4x100 meter gaya bebas lelaki. FOTO/BERNAMA
Daripada Azidan Nahar dan Azlan Muhammad Zain di Jakarta

 

KUARTET renang 4x100 meter gaya bebas lelaki negara mara ke final acara berkenaan apabila mencatat masa keenam terpantas sesi kelayakan di Pusat Akuatik Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Gandingan Lim Keith Sern, Welson Sim, Chan Jie dan Foong Wei Tze mencatat 3 minit 22.89 saat bagi menempatkan diri dalam kalangan lapan terpantas.

Acara saringan itu didominasi kuartet China yang melakukan 3:17.30s manakala Jepun dan Singapura masing-masing kedua dan ketiga

Catatan skuad negara itu bagaimanapun agak jauh daripada rekod kebangsaan 3:21.79s.

Cabaran pada malam ini dilihat sukar buat kuartet negara ketika mereka akan menentang pasukan terhebat asia.

Sementara itu dalam acara 100m kuak kupu-kupu lelaki, wakil negara Chan Jie tidak melepasi saringan apabila melakukan 54.20 saat.

Dua berkedudukan ke-13 daipada 31 peserta.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Ogos 2018 @ 1:24 PM