AKSI  Chan Jie dalam acara saringan 100 meter kuak kupu-kupu di Gwangju, hari ini. - FOTO AFP
AKSI Chan Jie dalam acara saringan 100 meter kuak kupu-kupu di Gwangju, hari ini. - FOTO AFP
BERNAMA

SKUAD renang negara terus 'tenggelam' tanpa tiada seorang pun wakil layak ke final acara masing-masing pada Kejohanan Renang Dunia FINA di Gwangju, Korea Selatan.

Terbaharu, selepas enam hari kejohanan berlangsung di Nambu International Aquatics Centre - perenang negara, Chan Jie juga gagal mara ke saingan seterusnya dalam acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki apabila sekadar berada di tempat keempat dalam saringan kelima.

Beliau gagal mara ke pusingan separuh akhir apabila berada di kedudukan ke-38 daripada 49 perenang keseluruhan, dengan merekodkan masa 53.85 saat.

Hanya 14 perenang terbaik layak ke pusingan separuh akhir.

Acara itu diungguli pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Caeleb Dressel daripada Amerika Syarikat selepas membuat 50.28s, diikuti pemenang pingat emas 200m kuak kupu-kupu lelaki kejohanan itu, Kristof Milak (51.42s) daripada Hungary dan pemenang enam pingat emas Olimpik Remaja, Andrei Minakov (51.54s) daripada Rusia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Julai 2019 @ 7:12 PM