CHAN Jie catat masa 54.55s dalam saringan, melayakkannya menduduki tempat kelima bagi final 100m kuak kupu-kupu lelaki.
CHAN Jie catat masa 54.55s dalam saringan, melayakkannya menduduki tempat kelima bagi final 100m kuak kupu-kupu lelaki.
BERNAMA

TUJUH perenang negara akan memburu pingat dalam empat perlumbaan final pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) di Pusat Akuatik Nasional, malam ini.

Chan Jie, 22, dengan catatan masa 54.55s dalam saringan, melayakkannya menduduki tempat kelima bagi final 100m kuak kupu-kupu lelaki.

Perenang kelahiran Selangor itu akan bersaing dengan jaguh renang Singapura dan pemenang pingat emas Olimpik Rio Joseph Schooling yang menduduki tempat kedua dengan masa 53.53s.

Welson Sim dan Daniel Bego akan berjuang memburu pingat dalam 200m gaya bebas lelaki selepas kedua-duanya menduduki tempat pertama dan keempat dalam saringan.

Welson merekod masa 1:50.11s, hanya berbeza 1.15s berbanding rekod Sukan SEA manakala perenang Vietnam yang juga pemegang rekod Hoang Quy Phuoc di tempat kedua dengan masa 1:51.02s.

Bego pula merekodkan 1:52.53, 0.68s gagal mengatasi catatan masa peribadi terbaiknya untuk melayakkan diri di tempat kelima.

Kuartet wanita negara akan beraksi dalam final 4x200m gaya bebas menentang lima lagi negara dalam acara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Ogos 2017 @ 12:06 PM