JUSTIN Thomas ketika Kejohanan Jemputan WGC Bridgestone. Foto USA Today
JUSTIN Thomas ketika Kejohanan Jemputan WGC Bridgestone. Foto USA Today
AFP

JUARA bertahan, Justin Thomas bakal membuat penampilan dalam siri Kejuaraan PGA ke-100 selepas disenaraikan untuk membarisi skuad pasukan Piala Ryder Amerika Syarikat (AS) dengan empat lagi tempat akan diisi minggu ini di Bellerive.

Thomas mengesahkan tempatnya Ahad lalu selepas memenangi Kejohanan Jemputan WGC Bridgestone, menyertai pemain nombor satu dunia, Dustin Johnson; juara Masters, Patrick Reed serta pemenang dua kali Terbuka AS, Brooks Koepka.

“Ia sentiasa menjadi penghormatan terbesar untuk mewakili negara anda,” kata Thomas.

Dia akan menggunakan segala pengetahuan yang ada ketika beraksi di Terbuka Perancis Jun lalu di Le Golf National, bagi memastikan AS selaku juara bertahan menang buat kali pertama di Eropah sejak 1993.

“Ia bukan perkara baru yang saya pelajari,” kata Thomas. “Ia bukan sesuatu yang mustahil atau satu yang rumit. Anda perlu terus ke depan kerana semuanya ada di hadapan.”

Empat lagi tempat pemain AS akan diisi secara automatik dalam senarai pemain yang akan beraksi dalam pertembungan dua tahun sekali itu apabila turun berdepan Eropah bulan depan, berdasarkan jumlah mata selepas pusingan akhir kejohanan utama tamat Ahad ini.

Pemenang tiga kejohanan utama, Jordan Spieth yang melengkapkan kariernya selepas memenangi Grand Slam minggu ini dan Bubba Watson, juara Master dua kali, mungkin mempunyai mata yang mencukupi untuk bersama AS dari 28 hingga 30 September ini.

Bagaimanapun Rickie Fowler dan Webb Simpson berada dalam kedudukan yang lebih sukar bersama Bryson De Chambeau.

Dia sekadar mengumpul bawah 49 mata bagi mengisi slot terakhir dengan Phil Mickelson yang pernah beraksi sebanyak 11 kali untuk Piala Ryder pula mengumpul bawah 158 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Ogos 2018 @ 10:16 AM