WILLIAN mengakui setiap perlawanan bagaikan ‘final’ buat Chelsea. FOTO Agensi
WILLIAN mengakui setiap perlawanan bagaikan ‘final’ buat Chelsea. FOTO Agensi
AFP

WILLIAN mengakui setiap perlawanan bagaikan ‘final’ buat Chelsea yang bertekad meletakkan diri mereka dalam kelompok empat terbaik ketika berdepan Wolves malam esok.

Skuad Maurizio Sarri kini mempunyai baki 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris untuk memintas Manchester United, yang ketika ini dua mata mengatasi Blues di tangga keenam.

Chelsea yang berkelebihan satu perlawanan ke atas United dan Arsenal di tangga kelima mungkin layak ke Liga Juara-Juara andai menjuarai Liga Europa.

Mereka kini dalam laluan ke suku akhir Liga Europa selepas sepakan percuma hebat daripada Willian membantu kemenangan 3-0 dalam aksi pertama 16 pasukan terakhir ke atas Dynamo Kiev awal pagi semalam.

Biarpun ujian lebih getir menanti di Eropah, saingan merebut empat tangga teratas begitu sengit hinggakan kesilapan kecil mampu membawa padah.

Seperti yang disedari pemain sayap Brazil Willian, Chelsea tidak mempunyai ruang untuk melakukan kesilapan ketika Wolves tiba di Stamford Bridge.

“Inilah detiknya di mana kami perlu menang semua perlawanan,” kata Willian.

“Setiap perlawanan adalah final bagi kami sekarang dan kami perlu cemerlang dalam setiap perlawanan.

“Kami sedar sasaran kami, kami tahu apa yang kami mahukan. Kami mahu berada dalam kelompok empat teratas, kekal di sana dan beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mac 2019 @ 11:44 AM