MOHD NIDZAM ADZHA YUSOFF
MOHD NIDZAM ADZHA YUSOFF
Izzali Ismail 

 

KEDAH perlu mencari semangat baharu serta fokus untuk bangkit dengan mata penuh meskipun menyedari perlu berhadapan cabaran besar berhadapan juara Liga Super lima kali Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Jumaat ini.

Menurut ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff kekalahan mengejut 4-1 kepada Melaka United kelmarin bagaikan amaran bahawa Kedah perlu bangkit segera dalam saingan yang semakin sengit berbaki empat perlawanan hingga ke hujung musim.

“Fokus dan bangkit. Itulah kita perlu lakukan bagi  baki empat perlawanan seterusnya untuk mengekalkan saingan kedudukan terbaik dalam liga.”

“Melihat kepada persaingan masih terbuka di antara Kedah, Perak, Pahang dan Terengganu untuk kedudukan tempat kedua, Kedah perlu terus merebut peluang terbaik dengan meningkatkan keazaman serta fokus sepenuhnya hingga ke perlawanan terakhir nanti.”

“Kedah akan beraksi tiga kali di laman sendiri bertemu JDT, Terengganu dan PKNP dan sekali di tempat lawan bertemu Perak, dan tiga aksi di laman sendiri ini memberi sedikit kelebihan untuk Kedah dalam baki saingan musim ini.”

“Nidzam turut mengakui kelemahan yang perlu diperbaiki segera terutama aspek pertahanan yang menyaksikan Kedah bolos empat gol sewaktu beraksi bertemu Melaka di Stadium Hang Jebat, Selasa lalu.

“Tidak ada cara lain. Kita perlu segera mengatasi segala kelemahan dan kesilapan yang kita lakukan dengan cepat jika tidak mahu terus tercicir mata dan ketinggalan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Julai 2018 @ 2:51 PM